Monday, June 27, 2011

SYIRIK

A. Definisi Syirik

Syirik iaitu menyamakan selain Allah dengan Allah dalam hal-hal yang merupakan kekhususan Allah, seperti berdoa kepada selain Allah di samping berdoa kepada Allah, atau memalingkan suatu bentuk ibadah seperti menyembelih (kurban), bernadzar, berdoa dan sebagainya kepada selain-Nya.

Kerana itu barangsiapa menyembah selain Allah bererti dia meletakkan ibadah tidak pada tempatnya dan memberikan kepada yang tidak berhak, dan itu adalah suatu bentuk kezaliman yang paling besar. Allah berfirman,

Sesungguhnya rnenyekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar. (Luqman: 13)